SURAH AL FIIL TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

By | Mei 15, 2016

Surah al Fiil (الفيل)Terjemahan Bahasa Melayu
Adalah surah ke-105 dalam Al-Quran yang terdiri dari 5 ayat. Surah ini adalah surah Makkiyah. Ia menghuraikan kejadian Tahun Gajah, tahun apabila Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan.

AL FIIL

[1] Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

[2] Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

[3] Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, –

[4] Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, –

[5] Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *