SURAH AZ ZALZALAH TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

By | Mei 12, 2016

Surah Az Zalzalah (الزلزلة) Terjemahan Bahasa Melayu
Adalah surah ke-99 dalam Al Quran, terdiri atas 8 ayat. Surah ini tergolong pada surah Madaniyah. Surat ini diturunkan setelah Surah An Nisaa’. Nama Az Zalzalah diambil dari kata Zilzaal yang bererti ‘goncangan‘ dan terdapat pada ayat pertama surah ini.

AZ ZALZALAH

[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

[2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

[3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”

[4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

[5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

[6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

[8]Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *