SURAH AL ‘ASR TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

By | 05/15/2016

Surah Al ‘Asr (العصر) Terjemahan Bahasa Melayu
Adalah surat ke-103 dari Al Quran dan terdiri atas 3 ayat. Surah ini tergolong surah makkiyah. Kata Al ‘Ashr bererti waktu/masa dan diambil dari ayat pertama surat ini.
Isi surat mengabarkan bahawa sesungguhnya semua manusia itu berada dalam keadaan kerugian kecuali dia termasuk mereka yang selalu beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.

AL ‘ASR

[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –

[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *