SURAH AL INSYIRAH TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

By | Mei 10, 2016

Surah Al Inshirah atau Surat Alam Nasyrah (الشرح) Terjemahan Bahasa Melayu
Adalah surat ke-94 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh Dhuha. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan.

AL INSYIRAH

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) –

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *