SURAH AL KAUTSAR TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

By | 05/15/2016

Surah Al Kautsar (الكوثر) Terjemahan Bahasa Melayu
Ialah surah ke-108 dalam Al Quran dan terdiri dari 3 ayat. Surah ini tergolong surah Makkiyah. Surah Al Kautsar ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran. Kata Al Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini.
Isi kandungan surah ini perintah melaksanakan solat dan berkorban kerana Allah memberikan banyak kenikmatan untuk untuk mereka yang beriman sedangkan para pembenci kaum beriman akan terputus.

AL KAUTSAR

[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *