SURAH AL LAHAB TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

By | 05/19/2016

Surah Al Lahab ( اللهب‎) atau Al Masad ( المسد) Terjemahan Bahasa Melayu
Adalah surat ke-111 dalam Al-Quran. Surat ini terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al Fath. Nama Al Lahab diambil dari kata Al Lahab yang terdapat pada ayat ketiga surat ini yang ertinya gejolak api, dan merujuk pada Abu Lahab. Surat ini juga dinamakan Surah Al Masad ( المسد).
Surah ini diturunkan selepas Nabi Muhammad s.a.w. memulakan dakwah secara terbuka kepada semua penduduk Makkah dengan memanggil mereka berhimpun di Bukit Safa, sekitar tahun 613 M. Abu Lahab dengan segera mengutuk baginda.

AL LAHAB

[1] Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

[2] Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

[3] Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

[4] Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. –

[5] Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *